Monday, June 29, 2009

Adakah ini kristal?

Hanya ini saja yang ku ada...beberapa kerat je..

Jauhkan diri dari melakukannya

Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG



Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

---------------------------------------------------

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

-----------------------------------------

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

Tuesday, June 16, 2009

Adam meniarap


Adam dah boleh meniarap tapi untuk hari tu je. Lepas tu taknak dah meniarap. Suaranya lantang memanggil orang. Riuh sekali bersuara. Apa yang dia cakap pun tak paham. Fovourite suka hisap jari. Kalu ada kain lagi best, siap bunyi bunyi lagi.....

ala-ala arab gitu


Kak Ila dan adik Adam. Kakak memang suka membuli adik Adam. Besday kakak Ila dan adik Adam selang sehari je beza 13 tahun je. Dah tua ya si ibunya... tak larat dah nak mengendong baby Adam. Mujur ada kakak-kakak dan abang, bole la tolong mengendong sorang sedikit. Tapi abang takleh harap sangat.

Segalanya Adam Muslim



Comel betul gelagat si Adam Muslim ni. Tapi kalu yang tua-tua tu buat macam ni sure kena marah giler. Semua baby memang comel-comel belaka. Buat lah apa-apa pun sure yang dewasa tersenyum melihat. Terapi minda kata "ayahnya" apabila mencium Adam.

Hadirnya Muhammad Adam Muslim



Kurniaan Ilahi



Tiada yang indah selain dari mendapat baby yang baru. Setelah 13 tahun
menunggu orang baru maka hadirnya sebutir permata yang indah yang di beri nama Muhammad Adam Muslim pada hari jumaat 6.3.09. Kakak dan abang menunggu dengan penuh debaran dan kegembiraan. Gembira sungguh setelah menatap wajahnya buat pertama kali. Bayangkan lah setelah 13 tahun baru nak pegang baby. Kekok giler. Mula-mula nurse serahkan baby untuk menyusu, tak tahu nak pegang macamana. Si ibu hanya lah bole stare aja kat baby. Kakak Ila paling happy sekali. Padahal bila tahu nak dapat baby, punyalah marah. Sedih sesedihnya hati dan perasaan. Tapi bila dah dapat baby dia pulak yang melebih suker.
Masa berlalu dengan terlalu cepat sekali. Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan adik Adam. Adik Adam hadirmu bersama rezeki yang Allah kirimkan buat ahli keluargamu. Kak Long pun dah pandai jaga adik. Kakak Ila memang kena jaga adik sekali-sekala. So terror la sikit dari Kak Long dan Abang Ngah. Kak Long cuma balik jarang-jarang ke rumah almaklum lah duduk kat asrama. Budak asrama ni pantang balik rumah mesti nak cover tido lelebih. Tension si ibu.

Muhammad Adam Muslim dah boleh meniarap tapi hanya sekali je dia buat. Lepas tu tak buat dah. Pada
160609 yang lepas, selepas dicucuk pada 3 bulan, tiba-tiba dia gelak mengekek. Wow.....