Tuesday, June 16, 2009

Hadirnya Muhammad Adam Muslim



Kurniaan Ilahi



Tiada yang indah selain dari mendapat baby yang baru. Setelah 13 tahun
menunggu orang baru maka hadirnya sebutir permata yang indah yang di beri nama Muhammad Adam Muslim pada hari jumaat 6.3.09. Kakak dan abang menunggu dengan penuh debaran dan kegembiraan. Gembira sungguh setelah menatap wajahnya buat pertama kali. Bayangkan lah setelah 13 tahun baru nak pegang baby. Kekok giler. Mula-mula nurse serahkan baby untuk menyusu, tak tahu nak pegang macamana. Si ibu hanya lah bole stare aja kat baby. Kakak Ila paling happy sekali. Padahal bila tahu nak dapat baby, punyalah marah. Sedih sesedihnya hati dan perasaan. Tapi bila dah dapat baby dia pulak yang melebih suker.
Masa berlalu dengan terlalu cepat sekali. Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan adik Adam. Adik Adam hadirmu bersama rezeki yang Allah kirimkan buat ahli keluargamu. Kak Long pun dah pandai jaga adik. Kakak Ila memang kena jaga adik sekali-sekala. So terror la sikit dari Kak Long dan Abang Ngah. Kak Long cuma balik jarang-jarang ke rumah almaklum lah duduk kat asrama. Budak asrama ni pantang balik rumah mesti nak cover tido lelebih. Tension si ibu.

Muhammad Adam Muslim dah boleh meniarap tapi hanya sekali je dia buat. Lepas tu tak buat dah. Pada
160609 yang lepas, selepas dicucuk pada 3 bulan, tiba-tiba dia gelak mengekek. Wow.....

No comments:

Post a Comment